Salam Maal Hijrah / Awal Muharam 144H/2025

Salam Maal Hijrah 1447H 🌙
Bismillahirrahmanirrahim…
Selamat menyambut tahun baru Islam 1447 Hijrah. Semoga tahun ini membawa lebih banyak keberkatan, ketenangan jiwa, serta peluang untuk kita berubah menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.

Mari kita buka lembaran baru dengan hati yang bersih, niat yang tulus, dan semangat yang segar.
Hijrah bukan hanya tentang perpindahan tempat, tapi juga perubahan hati dan amalan.

Dengan penuh rendah hati, kami ucapkan Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam. Semoga Allah SWT sentiasa memimpin langkah kita ke arah kebaikan, dunia dan akhirat. Aamiin. 🤍

Jun 26,2025